Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 24, 2009

let's laugh like a mad donkey :P

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan ...

3. Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.
“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.
Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

4.
Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
Yang bisu – KIETA TADASORA
Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
Yang suka layan blues – APO NADIKATO
Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI
Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI

perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.

5. Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : “Selamat petang…”
Pesakit : “Selamat petang Doktor!”
Doktor : ” Adamasaalah apa …?”
Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”
Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!”
setelah diperiksa… .
Doktor : ” Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut….”
Pesakit : “Apa caranya doktor?”
Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”
Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”
Doktor : “Yang percuma kena sabar…”
Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”
Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge’ anda boleh ler tarik keluar.”
Pesakit : “Huh!”




well, sorry sebab gamba static je. tp lyrics die mmg WOW! hahaha!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.